Carian
Insentif Seni

BENGKEL BIMBINGAN BORIA TRADISIONAL

KETERANGAN :

Persatuan Seni Dan Budaya Era Baru (MANES) akan melaksanakan Bengkel Bimbingan Boria Tradisional selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Oktober 2023, bertempat di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, Serdang. Bengkel ini dijayakan dengan bimbingan oleh Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup Boria iaitu Encik Omar bin Md. Hashim dan dibantu oleh penggiat seni Boria iaitu Encik Razali bin Ridzuan yang dibawa khas dari negeri Pulau Pinang. Bengkel dijalankan dengan sasaran penyertaan dari pelbagai kaum dan peringkat umur terutamanya generasi muda dan belia negara yang menjadi pewaris ‘warisan kita’. Modul bimbingan bengkel ini adalah termasuk pengenalan dan sejarah kesenian boria tradisional, pengenalan elemen seni persembahan seperti muzik, nyanyian, tarian dan lokonan. Peserta akan dibimbing sehinggalah boleh membuat persembahan boria pada majlis penutup bengkel bimbingan ini. Tujuan utama bengkel bimbingan Boria tradisional ini adalah untuk pemindahan pendidikan seni tradisional dan perkongsian ilmu pengetahuan mengenai kesenian tradisional Boria kepada masyarakat terutamanya generasi muda yang berpotensi menyokong usaha pemuliharaan dan pengekalan seni warisan negara. Selain itu, bengkel ini sebagai inisiatif melestarikan perpaduan melalui kesenian dan warisan yang berpotensi untuk melibatkan pelbagai kaum bagi menyokong pengembangan pendidikan kesenian Boria tradisional.

TERMA DAN SYARAT :

DAFTAR SEKARANG! PERCUMA! PENYERTAAN TERHAD! TERBUKA KEPADA SEMUA! DIGALAKKAN PELAJAR UPM, IPT DAN KUMPULAN SENI DAN BUDAYA TEMPATAN. JOM BELAJAR PERSEMBAHAN BORIA PULAU PINANG BERSAMA TOKOH BORIA Encik Omara Omar Hashim dan PENGGIAT SENI BORIA Razali Ridzuan. Tarikh: 14 - 15 Oktober 2023 Masa: 8:30 pagi - 5:30 petang Tempat: Panggung Percubaan, Universiti Putera Malaysia, Serdang, 43400 UPM, Serdang, Selangor. - Sijil penyertaan, makan dan minum disediakan. - Tarikh tutup penyertaan 10 Oktober 2023. Anjuran: Persatuan Seni dan Budaya Era Baru - MANES Disokong oleh: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia #bengkelboria #boria #seniboria #motac #manes #senipersembahan #performingarts #creativearts #omarahashim #razaliridzuan #acting #music #dance #arts #heritage #seni #budaya #warisan

HUBUNGI :

MOHD ZYRUL HAFIZIE BIN MOHD POUDZI
0149027294

  • 14/10/2023 - 15/10/2023
  • 0

Location for : Listing Title