Carian
Insentif Seni

Insentif Seni

Pengenalan Insentif Seni

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Seni Budaya yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi menambah upaya bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

Butiran dan Permohonan

JKKN menawarkan empat (4) Insentif Seni kepada NGO Seni Budaya dalam membangunkan dan mengembangkan aktiviti seni budaya. Insentif Seni yang ditawarkan melalui Portal Rumah Seni JKKN adalah seperti berikut:

  • Insentif Seni Kewangan (Maksimum pemberian bantuan adalah sebanyak RM15,000.00)
  • Insentif Seni Ruang
  • Insentif Seni Kepakaran
  • Insentif Seni Promosi

Objektif

  • Menggalakan pembangunan kandungan tempatan dan produk seni budaya.
  • Menggalakkan penghasilan karya dan produk seni yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi.
  • Membangunkan bakat dan meningkatkan kemahiran dalam bidang seni budaya.
  • Menjadikan Kompleks JKKN sebagai pusat sehenti program dan aktiviti seni budaya.
  • Memperkasa BBK dan penggiat seni budaya melalui khidmat nasihat dan tunjuk ajar.
  • Membantu menghebahkan program dan aktiviti seni budaya anjuran NGO seni budaya.
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat mengenai seni dan budaya.
MOHON SEKARANG

Location for : Listing Title