Carian
Insentif Seni

PROGRAM BENGKEL TABOH AJAT TEMIANG SIMUNJAN, 2025

KETERANGAN :

Program Bengkel Taboh Ajat Temiang Simunjan, 2025 ini merupakan satu ilham dan inisiatif Persatuan Datai Budaya Dan Warisan Kuching (PDBWK) dalam mendukung aspirasi menonjolkan warisan budaya Iban Temiang secara sistematik agar impaknya memberikan nilai estetika yang memberi signifikasi yang tersendiri. Pendekatan PDBWK dalam mempromosi warisan budaya setempat (Iban) adalah inisiatif dan tanggungjawab persatuan yang dipercayai selari dengan visi, misi dan strategi PDBWK. Penglibatan dan usaha yang konsisten dari peringkat akar umbi (rumah panjang) dalam memartabatkan nilai budaya dan warisan tempatan adalah langkah terbaik memperkasakan identiti etnik, budaya dan warisan masing-masing agar tidak ditelan zaman. Pengekalan budaya dan warisan asal mempunyai kelebihan bagi mengekalkan prinsip keharmonian dalam kepelbagaian nasional amnya memperkukuhkan slogan masyarakat Madani ke tahap yang cemerlang.

TERMA DAN SYARAT :

2.1 Mengeksplorasi permainan muzik tradisi Taboh dan Ngajat di Temiang, Simunjan 2.2 Melestarikan permainan muzik taboh serta tarian tradisional iban supaya tidak ditelan zaman 2.3 Menyokong kenunikan muzik tradisional dikongsikan serta dipelajari oleh generasi muda 2.4 Mendokumentasikan gambar-gambar alat-alat taboh, gambar tarian bertaboh supaya dikompil dalam bentuk laporan serta menjadi rujukan bagi generasi muda pada masa akan datang 2.6 Mengekalkan kelestarian pakaian tradisional, muzik taboh serta tarian dan maknanya agar ianya kekal diketahui malah dipromosi kepada masyarakat luar. 2.7 Bengkel Taboh Ajat Temiang mempunyai signifikasi untuk generasi muda agar budaya dan warisan terpelihara sepanjang masa.

HUBUNGI :

Catherine Anak Peli
0138016779

  • 05/04/2025 - 06/04/2025
  • 0

Location for : Listing Title