Rumah Seni JKKN
PERSATUAN SENI DAN BUDAYA ERA BARU (MANES) telah ditubuhkan dan bergiat aktif sejak 2016 dengan kerjasama Blackopi Resources, dan diperakui oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor. Pada 24 Jun 2022, MANES didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor. Matlamat utama penubuhan persatuan ini ialah memelihara, membangunkan, mengukuhkan, mengembangkan, melaksana dan mengupayakan seni dan budaya era baru menerusi pelbagai teknologi media dan saluran agar terus berkembang dan berdaya saing. Selain itu tujuan lain adalah menjadi sebuah pertubuhan seni dan budaya yang mampan, bergiat aktif dalam kegiatan seni dan budaya, berpotensi dalam sektor industri kreatif dan pelancongan serta menyumbang terhadap pembangunan sosio budaya masyarakat tempatan. Antara aktiviti seni budaya yang dirancang dan dilaksanakan: (1) Pementasan, Persembahan, Bengkel dan Kelas Seni Teater, Tari dan Muzik. (2) Bengkel Pengurusan Seni dan Produksi. (3) Kempen Program Seni, Budaya dan Nilai-Nilai Murni. (4) Pendigitalan Seni dan Budaya. (5) Rakaman dan Dokumentasi Bahan Seni dan Budaya. (6) Penganjuran Program Latihan, Bimbingan atau Pendidikan Seni. (7) Pelaksanaan Program Pengurusan Acara Seni dan Budaya. (8) Pencungkilan Bakat Baru dan lain-lain.
Persatuan Seni Dan Budaya Era Baru (MANES) akan melaksanakan Bengkel Bimbingan Boria Tradisional selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Oktober 2023, b...
Maklumat LanjutPersatuan Seni Dan Budaya Era Baru (MANES) akan melaksanakan pementasan Teater Tradisional Boria bertajuk Kembara Boria, Satu Perjalanan pada 21, 2...
Maklumat LanjutPersatuan Seni Dan Budaya Era Baru (MANES) akan melaksanakan pementasan Teater Tradisional Boria bertajuk Kembara Boria, Satu Perjalanan pada 21, 2...
Maklumat Lanjut