Carian
Insentif Seni

TEATER TRADISIONAL BORIA

KETERANGAN :

Persatuan Seni Dan Budaya Era Baru (MANES) akan melaksanakan pementasan Teater Tradisional Boria bertajuk Kembara Boria, Satu Perjalanan pada 21, 22 dan 23 Julai 2023 bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur pada. Tujuan utama pementasan teater tradisional Boria ini adalah sebagai usaha untuk menyokong pemuliharaan dan pengekalan seni warisan dan membantu penggiat atau tokoh seni Boria yang dibawakan khas dari Pulau Pinang yang telah lama terpinggir agar dapat diketengahkan kepada awam. Persembahan Teater Tradisional Boria dilaksanakan secara pementasan dengan mengekalkan estetika seni persembahannya yang mengandungi elemen lakonan, lawak jenaka, nyanyian, muzik dan cara pemakaiannya. Teater Tradisional Boria dipersembahkan dalam bentuk lakonan dengan gaya mengimbau sejarah perjalanan seni Boria itu sendiri. Selain menyanyi dan menari, peranan tukang karut adalah menjadi pelakon utama yang menggerakkan penceritaan dibantu dengan lakonan anak-anak cilik, sambil menyampaikan mesej, nasihat dan jenaka dalam segmen pengenalan. Segmen kedua iaitu persembahan merangkumi nyanyian, muzik dan tarian. Sailor iaitu penari dalam kumpulan Boria akan masuk ke pentas dengan gerak langkah tertentu menghangatkan lagi suasana, diikuti oleh tukang karang yang memegang tongkat (baton).

TERMA DAN SYARAT :

Tiada

HUBUNGI :

MOHD ZYRUL HAFIZIE BIN MOHD POUDZI
0149027294

  • 22/07/2023 - 23/07/2023
  • 0

Location for : Listing Title