Carian
Insentif Seni

Bengkel Asas Momolihis

KETERANGAN :

Program Pengenalan Kepada Lilihis & Teknik Asas Momolihis bertujuan untuk memperkenalkan dan memperkukuhkan warisan budaya lilihis dan momolihis dalam kalangan generasi muda, dengan fokus utama kepada pelajar, anak muda, dan pencinta budaya. Program ini dirangka berdasarkan pemahaman tentang kepelbagaian jenis lilihis, termasuk Sundait, Taala-Ala, Sudawil, dan lain-lain, seperti yang dinyatakan dalam karya Lilihis Tinungkusan Tinaru Dusun. Keberadaan jenis lilihis ini merupakan warisan penting dalam masyarakat Dusun namun juga memperlihatkan kebimbangan akan kepupusan warisan lisan tersebut, sebagaimana yang dinyatakan oleh pengkaji antropologi Appell. Misi utama program ini adalah untuk mencipta komuniti baru di kalangan pelajar, anak muda, dan pencinta budaya lilihis yang saling menghormati, menyanjungi, dan berliterasi. Komuniti ini diharapkan dapat membantu mewarisi lilihis lama, memahami makna bahasa, mempersembahkan pelbagai jenis lilihis, dan menghasilkan karya-karya baru yang mengangkat nilai budaya Dusun. Objektif program termasuklah memperkenalkan Lilihis sebagai warisan prosa dan puisi Dusun, memperkenalkan cara asas momolihis dengan menggunakan teknik Ginondingan, serta membentuk komuniti yang berliterasi terhadap Lilihis. Hasil yang diharapkan dari bengkel/pembelajaran ini termasuklah meningkatkan pengetahuan tentang himpunan Lilihis, mencipta kumpulan pelajar dan generasi muda yang memahami dan mendendangkan Lilihis, membentuk komuniti yang memupuk kecintaan dan kebudayaan terhadap Lilihis, membantu pencinta budaya agar dapat mendendangkan Lilihis dengan teknik Momolihis Ginondingan, serta meningkatkan literasi mengenai puisi dan prosa Dusun, iaitu Lilihis, di kalangan pelajar. Diharapkan melalui program ini, warisan budaya lilihis dan momolihis dapat dipertahankan dan diteruskan kepada generasi muda, menjadikan mereka lebih berhubung dengan akar budaya mereka sambil memastikan kelestarian warisan budaya kaum Dusun.

TERMA DAN SYARAT :

1. Terbuka kepada 4-12 tahun sahaja 2. Yuran adat: RM40/orang, Rm 100/ 3 orang

HUBUNGI :

Adrian Soidi
0128620483

  • 16/09/2023 - 16/09/2023
  • 0

Location for : Listing Title