AKADEMI TEATER PERAK , MUSIM KE 14 ,2024
AKADEMI TEATER PERAK ATAU RINGKASANNYA ‘ AKTEP’ MERUPAKAN BENGKEL TEATER KE ARAH SEBUAH PEMENTASAN TEATER BERDASARKAN SESEBUAH SKRIP YANG TELAH DISEDIAKAN UNTUK DIPENTASKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR ‘AKTEP’ . PELAJAR-PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN KEPADA ASPEK-ASPEK SESEBUAH PRODUKSI PEMENTASAN TEATER YANG MERANGKUMI ILMU-ILMU TEATER SEPERTI SEJARAH, PENTAS, GERAK, EMOSI, SUARA, IMPROVISASI, LAKONAN, SETTING DAN TEKNIKAL. PADA MALAM KEMUNCAK PEMENTASAN 5 ORANG PELAJAR ‘AKTEP’ AKAN DIANUGERAHKAN SEBAGAI PELAJAR TERBAIK AKAN MENERIMA SIJIL PENYERTAAN, SIJIL SERTA WANG TUNAI. AKADEMI TEATER PERAK INI DIADAKAN ADALAH BERTUJUAN BAGI MENGISI MASA CUTI PERSEKOLAHAN KHUSUSNYA KEPADA PARA PELAJAR SEKOLAH DAN JUGA BELIA YANG MEMPUNYAI MASA TERLUANG UNTUK MENGIKUTI AKTIVITI-AKTIVITI BERFAEDAH MENERUSI RUANG SERTA PELUANG KEPADA MEREKA YANG BERMINAT TERHADAP SENI TEATER UNTUK MENGENALI, MEMAHAMI DAN MENCEBURI DALAM BIDANG TERSEBUT KE ARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH DAN JATI DITI YANG AKTIF, KREATIF, BERILMU DAN CEMERLANG.
TERMA DAN SYARAT :- PESERTA TERBUKA KEPADA YANG BERUMUR DARI 15 TAHUN HINGGA 45 TAHUN PERATURAN AKADEMI TEATER PERAK 1. KEHADIRAN Pelajar perlu berada dalam kelas 15 minit sebelum kelas bermula. Sekiranya tidak hadir perlu dimaklumkan kepada unit Hal Ehwal Pelajar. 2. PAKAIAN Pakaian mesti sesuai dengan kelas dan sopan. Contoh pakaian sukan (digalakkan) dan kasut bertutup (kasut sukan) Jeans tidak dibenarkan. 3. DISIPLIN Sekiranya ada yang merokok atau hisap vape dimohon untuk pergi ke tempat yang disediakan. Semua pelajar perlu berada di dalam kelas semasa kelas berlangsung kecuali ada masalah kesihatan. 4. PENGLIBATAN Pelajar perlu melibatkan diri dalam semua aktiviti dan menunjukkan kesungguhan. 5. SAHSIAH Jaga hubungan baik sesama rakan,tenaga pengajar dan sekretariat. Pelajar dibenarkan membawa bekal makanan dari rumah untuk keselesaan sendiri. Semasa makan perlu duduk makan bersama-sama dan dimulakan dengan bacaan doa. Jaga kebersihan kawasan persekitaran.
HUBUNGI : SHAH NOOR ZAHURA MOHD HASLAN MYUDIN
0166050754
- 05/10/2024 - 31/10/2024
- 0