Carian
Insentif Seni

Geng Menari Junior

KETERANGAN :

Program Geng Menari Junior adalah salah satu inisiatif komuniti utama oleh Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memupuk minat terhadap tarian di kalangan pelajar sekolah di kawasan Bintulu. Dengan membawa pendidikan tarian terus ke sekolah, kami berusaha untuk mempromosikan aktiviti fizikal, penghargaan budaya, dan ekspresi seni di kalangan generasi muda. Objektif Program ini adalah Memperkenalkan bentuk tarian tradisional dan kontemporari kepada pelajar muda dan Mempromosikan kesihatan dan kecergasan fizikal melalui tarian. Selain itu Memupuk rasa bangga terhadap budaya dan pemahaman mengenai warisan tarian kaya Sarawak. Pelajar didedahkan untuk Mengenal pasti dan membentuk bakat tarian muda dari usia awal. Antara Aktiviti Program yang diadakan adalah Bengkel dan kelas tarian yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Selian itu aktiviti lain adalah seperti Persembahan dan pameran untuk memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kemahiran mereka selain mengadakan Projek kerjasama dengan sekolah untuk mengintegrasikan tarian ke dalam kurikulum biasa.

TERMA DAN SYARAT :

Penyertaan: 1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah di kawasan Bintulu. 2. Sekolah-sekolah boleh mendaftar minat mereka untuk menyertai program ini dengan menghubungi kami.

HUBUNGI :

Fazry Abdullah
0146960773

  • 01/03/2024 - 25/10/2024
  • 0

Location for : Listing Title