Rumah Seni JKKN
Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu merupakan sebuah persatuan penari yang berdedikasi untuk memperkukuhkan dan meremajakan seni tarian di Sarawak. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu telah menjadi salah satu peneraju dalam industri tarian yang kreatif dan berdaya transformasi di Sarawak. Visi kami adalah menjadi sebuah pusat dan rujukan tari tradisional Sarawak yang menginspirasi dan memotivasi melalui kreativiti dan inovasi. Misi kami pula adalah untuk mempromosikan dan memelihara warisan budaya melalui seni tari dan membangunkan bakat-bakat muda dalam seni tarian di seluruh negara. Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu menawarkan program latihan tarian untuk semua peringkat umur dan taraf kemahiran. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman, kami bertujuan untuk membentuk bakat-bakat baru dalam seni tarian dan memberikan pendidikan yang holistik. Kelas diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 7 pm - 10 pm di Plumeria Studio, Bintulu. Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan, menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui program-program seni antara lain adalah Program Kaki Menari Junior yang diadakan di sekolah-sekolah di sekitar bahagian Bintulu. Selain itu, program amal untuk golongan yang kurang bernasib baik juga diadakan melalui Tabung Amal Seni di mana setiap peratusan bayaran perkhidmatan seni disalurkan kepada tabung ini. Inspire to Empower!
Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu menawarkan kelas asas tarian yang memfokuskan pada tarian tradisional Ngajat Iban dan Kancet Orang Ulu. Ke...
Maklumat LanjutProgram Geng Menari Junior adalah salah satu inisiatif komuniti utama oleh Persatuan Penari Majestic Shades Bintulu. Program ini bertujuan untuk me...
Maklumat Lanjut