Carian
Insentif Seni

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI ARTISTIK HARI MALAYSIA KE-5, Tahun 2024

KETERANGAN :

PERSATUAN PEMUISI NASIONAL MALAYSIA atau singkatannya PEMUISI, dalam usia 5 tahun yang masih muda ini, telah berjaya menganjurkan banyak program lebih kurang sebanyak 235 program sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Salah satu program tahunan ialah Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM). Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2024 ini, PEMUISI akan meneruskan SDPAHM yang penganjurannya sudah memasuki kali ke lima. Tujuan sayembara ini diadakan untuk terus menyuburkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air dalam kalangan masyarakat penulis khususnya dan masyarakat umum keseluruhannya. Sebuah buku teks khusus telah diterbitkan PEMUISI iaitu Antologi Puisi Pohon Merdeka yang mengandungi sajak-sajak yang terpilih dan sesuai untuk dideklamasikan oleh para peserta. Program ini terus menjadi program tahunan jenama PEMUISI yang berkesan dan dinanti-nantikan. Sejak diadakan, sudah empat kali Johan sayembara ini telahpun dinobatkan dan mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan deklamator seluruh negara. Misalnya tahun lepas, seramai 200 orang telah menyertai sayembara ini di seluruh negara, dan hanya 15 orang mewakili negeri telahpun dipilih dan berentap di peringkat akhir kebangsaan. Sayembara ini diadakan adalah dengan tujuan mengangkat martabat puisi patriotik di persada sastera negara dan membawa perubahan dalam mendeklamasi puisi artistik mengikut keadaan dan perkembangan semasa. Konsep Sayembara Puisi Artistik Hari Malaysia Ke-5 ,2024 adalah satu program pertandingan yang memberi tumpuan kepada pemahaman, pengenalan, dan penghargaan terhadap seni pertunjukan inovasi puisi.

TERMA DAN SYARAT :

Terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Tiada yuran penyertaan dikenakan tetapi peserta dikehendaki membeli buku ANTOLOGI PUISI MALAYSIA SATU. PUISI PILIHAN: Para peserta dikehendaki mendeklamasikan satu (1) daripada puisi yang terdapat dalam ANTOLOGI PUISI POHON MERDEKA terbitan PEMUISI 2023. Antologi puisi ini boleh didapati di Pejabat PEMUISI yang beralamat di Suite B9.3A, Aras 4 Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Harga senaskhah ialah RM25.00 tidak termasuk kos pengeposan. PENGHAKIMAN: Format penghakiman secara asasnya berdasarkan format yang dikeluarkan oleh PEMUISI dengan konsep persembahan puisi artistik. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara. Walau bagaimanapun Johan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) peringkat kebangsaan tahun-tahun lepas tidak dibenarkan lagi menyertai pada tahun ini.

HUBUNGI :

DATIN SERI NURMALA
0192807769

  • 01/08/2024 - 28/09/2024
  • 0

Location for : Listing Title