Carian
Insentif Seni

MALAM TEROMBA, PUISI DAN LAGU PUISI

KETERANGAN :

Program ini akan berlangsung selama 90 minit bermula Jam 9:00 malam. Acara akan diselang-selikan antara teromba, puisi dan lagu puisi. Satu persembahan anggaran 7 Minit. Majlis akan diacara oleh seorang pengacara. Pengacara akan menjemput tukang teromba, pembaca puisi atau dekalmator serta penyanyai untuk membuat persembahan. Setiap peserta akan ditemubual sebelum membuat persembahan tentang latar belakang. Dianggarkan 10 persembahan akan diadakan pada malam tersebut. Orang ramai adalah dijemput dan dianggarkan 250 penonton akan memenuhi auditorium. Program ini akan memohon kerjasama PENS, Buskers N Sembilan dan Pertubuhan Kesenian yang berminat.

TERMA DAN SYARAT :

1. Terbuka kepada Orang Ramai. 2. Diutamakan kepada aktivis teromba, puisi dan lagu puisi. 3. Terbuka kepada semua kaum berumur 18 tahun dan ke atas. 4. Puisi hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu. 5. Satu persembahan tidak melebihi 7 minit. 6. Satu penilaian akan diadakan terhadapa semua persembahan untuk menjaga kualiti persembahan. 7. Teromba, puisi dan lirik lagu puisi yang menyentuh sensitiviti masyarakat tidak akan dibenarkan. 8. Setiap persembahan akan menerima sagu hati dan sijil penghargaan.

HUBUNGI :

AHMADRASHIDI BIN HASAN
01165625009

  • 15/03/2024 - 04/05/2024
  • 0

Location for : Listing Title