PERTANDINGAN KOMPANG JOHOR 2025
Pertandingan ini bukan sekadar untuk mencari juara, tetapi sebagai usaha bersama memartabatkan warisan bangsa yang semakin terpinggir. Semoga seni kompang terus berkumandang di hati generasi kini dan akan datang Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, seni kompang akan terus dilestarikan sebagai salah satu warisan budaya yang membentuk jati diri bangsa. Kami percaya bahawa Himpunan dan Pertandingan Kompang ini akan menjadi medan yang positif bagi menyemarakkan budaya, mempererat silaturahim dan memupuk rasa cinta terhadap warisan tradisi.
TERMA DAN SYARAT :SYARAT PENYERTAAN HIMPUNAN DAN PERTANDINGAN KOMPANG 2025 (“IRAMA KOMPANG PENYATU BANGSA”) BERTEMPAT: AMART KEMPAS JOHOR BAHRU, JOHOR BERTARIKH: 26.10.2025 (AHAD) 9.00 PAGI 1. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang 2025 (“IRAMA KOMPANG PENYATU BANGSA”) a) Pertandingan ini Terbuka kepada Semua. b) Pertandingan ini berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan maksimum 15 orang bagi setiap kumpulan. Anggota kumpulan boleh terdiri daripada lelaki/ perempuan sahaja atau campuran dan bebas menentukan bilangan. c) Setiap kumpulan perlulah sampai awal ke lokasi pertandingan bagi melancarkan proses pendaftaran. d) Menggunakan peralatan kompang berukuran (12 inci sehingga 15 inci) bersanggit kulit dan sebuah Jidur asli berukuran bebas yang mempunyai 2 muka bersanggit kulit e) Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada 12 minit dan tidak melebihi 15 minit. Masa dan markah persembahan akan dikira dari paluan kompang pertama daripada kumpulan sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan. f) Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 paluan. Paluan terdiri daripada Melalu, Meningkah dan Menyilang (menyulan/merapat) serta keistimewaan pukulan tambahan mengikut kreativiti kumpulan g) Selawat adalah wajib mengikut kreativiti kumpulan dan sebuah lagu Bebas h) Semua kumpulan kompang hendaklah menghantar lirik nazam selawat bagi lagu pertama dan lagu kedua serta biodata kumpulan sebelum pertandingan i) Setiap kumpulan dibenarkan memasukkan elemen pergerakan tarian ataupun seni silat mengikut kreativiti. Pergerakan yang ekstrem serta berbahaya seperti penggunaan bahan api adalah dilarang. j) Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang tertib dan sopan sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung. Berpakaian Baju Melayu Johor atau Sejari Johor. k) Setiap persiapan dan perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kumpulan masing-masing. l) Sebarang peralatan tambahan tidak dibenarkan. m) Segala keputusan juri pertandingan adalah muktamad. 2. Penghakiman dan pemarkahan 2.1 KOMBINASI PALUAN 30% a) Meningkah 10% b) Menyelang 10% c) Melalu 5% d) Pukulan Jidur 5% 2.2 VARIASI RENTAK 20% a) Menyulam/ Merapat 5% b) Keseragaman Kumpulan 5% c) Teknik kumpulan ditempat yang betul 5% d) Gubahan rentak pukulan 5% 2.3 LAGU DAN SUARA 30% a) Nazam Selawat 10% b) Intonasi 10% c) Harmoni 10% 2.4 DISIPLIN 10% a) Adab 5% b) Keseragaman Pergerakan 5% c) Kesesuaian lagu dan irama 2.5 BUSANA DAN TATARIAS 10% a) Pemakaian Busana 5% b) Kekemasan 5%
HUBUNGI : PUAN ANIZ
01116307784
- 26/10/2025 - 26/10/2025
- 0
