Lupa Kata Laluan?

Sila masukkan alamat e-mel anda. Kami akan menghantar pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

Butiran Program

PANGGUNG SENI TRADISIONAL "JIKEY LANGKAWI KEMBARA PUTERA"

Panggung Seni Tradisional "Jikey Langkawi Kembara Putera"

Panggung Seni Tradisional "Jikey Langkawi Kembara Putera"

Keterangan

Jikey Langkawi ialah sebuah teater rakyat yang menggabungkan muzik, lakonan dan tarian, berakar dari Pulau Langkawi. Jikey menampilkan struktur, dialog komikal, muzik pergendangan dan tarian yang unik. Jikey menampilkan elemen komedi, watak pelbagai kaum di Malaysia serta isu sosio-ekonomi dalam suasana perdagangan di Pelabuhan Langkawi satu ketika dahulu. Ia juga memanfaatkan pantun dan melodi khas bagi setiap watak yang terdapat di dalamnya. Teater ini telah bertapak di Langkawi selama lebih 400 tahun. Jikey “Kembara Putera” terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, kisah saudagar India, Nana Langkata, yang tiba di Langkawi untuk berdagang dan bertemu dengan Awang serta Penghulu. Aksi komedi tercetus apabila Nana Langkata jatuh hati kepada “Perempuan Jawa”. Bahagian kedua pula mengisahkan pengembaraan Putera Wangsa ke negeri Kalaha, di mana dia menyelamatkan Puteri Kalayanee daripada Anak Raja Jin Atas Angin hanya dengan mengggunakan tipu helah. Apakah tipu helah yang berjaya digunakan untuk mengalahkan Anak Raja Jin Atas Angin? Apa pula kisah lanjutan Putera Wangsa dan Puteri Kalayanee? Untuk mengetahui kesudahannya, saksikanlah persembahan Jikey Kembara Putera!

Maklumat Program

Tarikh Program 26 September 2025 - 27 September 2025
Lokasi Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC KL
Bayaran Student RM 30, Gold RM 50, Platinum RM 70
Pegawai Perhubungan Fifah
No. Telefon 01114979270 WhatsApp
Jumlah Lihat 0
×
Fullscreen Image