Selamat Datang Ke
Rumah Seni JKKN
Rumah Seni JKKN
Tujuan program ini adalah untuk memperkenal, melatih, dan mengembangkan kemahiran asas lakon teater bangsawan kepada mahasiswa dan sesiapa yang berminat di sekitar Daerah Kubang Pasu. Program ini bertujuan untuk memupuk minat dalam seni teater tradisional, mewujudkan platform untuk pertukaran budaya, serta memberi peluang kepada peserta untuk mengeksplorasi dan mengekalkan warisan budaya bangsawan.