Rumah Seni JKKN
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kumpulan-kumpulan yang bakal berentap dalam Festival Tari Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan:
📅19 & 20 April 2025 (Sabtu & Ahad)
🏢Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic MY) Kuala Lumpur
Festival Tari Malaysia adalah program yang memberi ruang dan peluang kepada koreografer dan penari tanah air untuk mempamerkan bakat dan koreografi tari yang berkualiti serta mengangkat karya seni tari ke peringkat yang lebih berprestij kerana mampu meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya bangsa. Festival Tari Malaysia 2025 Peringkat Negeri telah dilaksanakan pada Ogos – Oktober 2024, yang mana ianya bertujuan untuk mengenal pasti 8 kumpulan terbaik yang akan bertanding di Festival Tari Malaysia 2025 peringkat kebangsaan.
⭐ 4 kumpulan untuk tarian tradisional & 4 kumpulan untuk tarian kreatif setiap hari
Selingan Istimewa :
⭐ Finalis Pertandingan Tarian Kanak-Kanak pada 19 April 2025
⭐ Battle Dance pada 20 April 2025
1. Kanak-kanak yang berumur 3 Tahun kebawah adalah tidak dibenarkan memasuki Dewan.
2. Pemakaian untuk masuk kedalam Dewan adalah seperti berikut: