Rumah Seni JKKN
**Menyediakan perkhidmatan persembahan Tarian Kebudayaan Etnik Sabah dan Musik Tradisional Sabah seperti Gong, gendang, Kulintangan dan musik bambu Tagunggak menyediakan Tarian Kontemporari, Tarian Cina, India dan Tari Malaysia,lain-lain perkidmatan seperti Usherer, Welcoming Troupe, lineup ketibaan VIP, Pelancong serta acara Perasmian agensi kerajaan dan swasta.Menyediakan perkhidmatan penyewaan Busana tradisional etnik Sabah dan menyediakan perkhidmatan Bengkel tari etnik Sabah, bengkel musik tradisional Sabah seperti gong,gendang & kulintangan. **Penglibatan dalam Persembahan Antarabangsa dan Tempatan: Terlibat dalam citrawarna Malaysia di Kuala Lumpur (2002 - 2004),persembahan dalam Istana Negara, Membuat persembahan di luar Negara antaranya di Negara Asia seperti Taiwan, Filipina, Brunei,Thailand,Jepun,Korea,China Menyertai festival Foklore antarabangsa di Eropah seperti Switzerland, France, Canada, Italy, German. **Menerima "Anugerah Khas" sempena Hari Kemerdekaan peringkat daerah Papar tahun 2014,kerana mengharumkan nama Daerah Papar hingga ke peringkat antarabangsa.
Tiada program tersedia pada masa ini