Rumah Seni JKKN
Saya aktif dalam kegiatan seni dan kebudayaan sejak sekolah menengah hingga ke peringkat kolej. Semasa di sekolah, saya pernah menyertai pertandingan teater peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Saya juga mewakili daerah untuk membuat persembahan di JKKN Kedah melalui teater “Mek mulung” atau lebih dikenali sebagai “Putera Cahaya Bulan”, memegang watak sebagai Raja Gergasi di SMK Baling di bawah pasukan KEDRAT. Di peringkat kolej (KKTM), saya mewakili institusi dalam acara muzik dan tarian di Architectural Students Workshop (ASW) peringkat antarabangsa, sekali gus memperkenalkan budaya dan identiti seni tempatan melalui persembahan tersebut.
Tiada program tersedia pada masa ini