Lupa Kata Laluan?

Sila masukkan alamat e-mel anda. Kami akan menghantar pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

Profil

PERSATUAN BUDAYASARI PULAU PINANG

Tentang Organisasi

Persatuan Budayasari Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1985 di mana dianggotai seramai 50 orang ahli. Budayasari telah didaftar secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 6 Julai 2020 dengan nombor pendaftaran PPM-012-07-06072020. Budayasari melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan kesenian yang terdapat di negeri Pulau Pinang seperti Boria, Seni Tari, Seni Teater, Seni Muzik. Budayasari telah menyertai beberapa pertandingan boria anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang serta Pesta Ekspo Negeri Pulau Pinang. Budayasari telah menjuarai beberapa kategori seperti Johan Keseluruhan, tukang karang terbaik, busana terbaik, sketsa terbaik dan rangkap karangan terbaik sejak 2005 sehingga 2017. Bidang kesenian disedari sebagai salah satu cabang budaya yang harus dibina jiwa rohani dan pemikiran serta terbukti berupaya menyokong matlamat pembangunan budaya, bangsa, dipelihara, diperkembang dan diperkayakan. Selain itu, Budayasari pernah dijemput mengadakan persembahan tarian dan boria di majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh yang Pembesar-Pembesar Negeri seperti negeri Kelantan dan Perak dan sebagainya.

Senarai Program

Tiada program tersedia pada masa ini

Maklumat Perhubungan

PERSATUAN BUDAYASARI PULAU PINANG
NO. 14 JALAN GROVE Google Maps
0174338401 WhatsApp
ayieagoq@gmail.com

Hubungi Kami