Rumah Seni JKKN
Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya asnaf, anak-anak yatim serta masyarakat kurang berkemampuan. Sejak penubuhannya, MTRK komited dalam menyantuni masyarakat melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat. Bagi memperkukuhkan kelestarian organisasi dan menjana sumber kewangan untuk menyokong aktiviti kebajikan, MTRK turut menubuhkan Koperasi Tindakan Rakyat Kelantan Berhad dan Koperasi Vista Megah Berhad. Kedua-dua koperasi ini terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan percetakan, pembekalan peralatan sukan serta sektor makanan dan minuman (F&B). Melalui gabungan aktiviti kebajikan dan keusahawanan sosial, MTRK berusaha menjadi sebuah organisasi yang mampan serta terus menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.
Tiada program tersedia pada masa ini
Tiada produk / perkhidmatan tersedia