Pencipta/Penggubah/Penulis Lirik Lagu, Penceramah/Pembentang Kertas Kerja, Jurulatih/ Pembimbing Kumpulan Nyanyian Berharmoni dan Solo, Penulis Buku, Hakim/Juri Pertandingan, Konduktor Orkestra dan Pengarah Muzik. Genre pengkhususan adalah Keroncong, tradisional Asli Melayu serta lagu Dakwah/Nasyid.
Telah berkecimpung dalam seni muzik sejak 1960an. Sepanjang karier sebagai pendidik hampir 30 tahun ditumpukan kepada bidang muzik pendidkan. Lagu-lagu ciptaan turut mendapat perhatian syarikat rakaman antarabangsa dan telah dirakam oleh penyanyi-penyanyi seperti Dato Sudirman Hj Arshad, Dato DJ Dave, Noor Kumalasari dan lain-lain. Segala pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi digunakan untuk mengendalikan program-progam latihan serta memberi kursus muzik. Antara pencapaian adalah :
1962 : Johan Mencipta Lagu Bahagian Langgam anjuran Radio Malaya melalui lagu `Hanya Sekejap’. Lagu ini menjadi lagu wajib finalis Bintang RTM.
1963 : Johan Mencipta Lagu Bahagian Asli anjuran Radio Malaysia melalui lagu `Setangkai Mawar’ Lagu ini juga menjadi lagu wajib finalis Bintang RTM. Lagu ini telah terpilih dan kekal tersenarai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Muzik hingga ke hari ini.
1980 : Johan Pertandingan Mencipta Lagu `Pesta Lagu Malaysia‘ melalui lagu berjudul `Ke Mana Ku Bawa Diri’
1981 : Wakil Malaysia ke `Pesta Lagu ASEAN’ melalui lagu `Ke Mana Ku Bawa Diri’
2010 : Johan Lagu Terbaik dalam `Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia’ anjuran Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bergenre Keroncong bertajuk `Inginkan Kedamaian’
2023 : Atas ilham cipta telah mementaskan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia selain bertindak selaku Konduktor Orkestra serta Pengarah Muzik. Konsert berusaha memartabat, melestari dan mengembangkan irama Keroncong Malaysia warisan budaya berskala Orkestra yang pertama kali bergema di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 & 6 Ogos 2023. Konsert telah mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia serta MyCreative Ventures Snd Bhd.