Lupa Kata Laluan?

Sila masukkan alamat e-mel anda. Kami akan menghantar pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

Profil

PERSATUAN PANCHA SENILOKA KEBANGSAAN (PANCHA)

Tentang Organisasi

Bidang Teras Tawaran Seni Persembahan – Pementasan pentas (bangsawan, tarian tradisional, wayang kulit, boria, teater, persembahan vokal). Muzik – Komposisi muzik tradisional & kontemporari, pembuatan alat muzik (gambus, rebana dan lain-lain). Warisan Kuliner – Pemartabatan khazanah kuliner Malaysia (rendang, kuih-muih tradisional) sebagai produk bernilai ekonomi tinggi. Seni Visual – Lukisan, arca, fotografi, seni multimedia. Sastera – Penulisan kreatif, cerpen, puisi, novel dan karya sastera lain. Kraf Artisanal – Kraf etnik, seramik, kerja kayu, kerja logam (contohnya keris, labu sayong). Fesyen & Tekstil – Pakaian tradisional, songket, batik serta pemuliharaan dan inovasi tekstil warisan seperti kain limar. Program & Perkhidmatan Strategik Pengurusan Acara & Persembahan Festival budaya bergerak, pameran jalanan, persembahan komuniti. Persembahan berskala besar & anugerah budaya (contoh: Anugerah Seniman Inspirasi PANCHA). Latihan & Pembangunan Modal Insan Kreatif Pakej Inkubator Kreatif (program hibrid 3–6 bulan: latihan teknikal, modul keusahawanan, sesi pembentangan kepada pelabur). Kursus & bengkel jangka pendek (lakonan, keusahawanan seni, seni pentas dan lain-lain). Residensi & Mobiliti Program Writer-in-Residence untuk penulisan kreatif dan latihan. Program residensi seniman dan pertukaran budaya antarabangsa. Perkhidmatan Digital Transformasi Warisan Digital (pendigitalan VR/AR, muzium maya, platform e-dagang budaya interaktif). Kolaborasi Korporat & CSR Projek seni komuniti berimpak tinggi (lukisan mural, pemasangan kraf, siri wacana budaya). Perundingan dan penjenamaan seni untuk korporat.

Senarai Program

Tiada program tersedia pada masa ini

Maklumat Perhubungan

Persatuan Pancha Seniloka Kebangsaan (PANCHA)
No 462-2, Batu 2 1/4 Jalan Bakar Batu Bachang, Melaka Tengah
0163338075 WhatsApp
pancha.seni@gmail.com

Hubungi Kami