Lupa Kata Laluan?

Sila masukkan alamat e-mel anda. Kami akan menghantar pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

Profil

PERSATUAN JAWA PARIT BUGIS MUAR JOHOR

Tentang Organisasi

Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor merupakan persatuan yang ditubuhkan oleh anak-anak keturunan jawa dari Kampung Parit Bugis yang sebahagiannya menetap di daerah yang berbeza dalam negeri Johor. Ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 Disember 2021. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan dan menguatkan silaturahim anak-anak jawa serta menyuburkan jiwa kemasyarakatan dan seni budaya jawa yang telah diwariskan oleh para leluhur kami. Kebudayaan jawa telah menjadi sebahagian budaya Malaysia dalam kalangan orang melayu berketurunan jawa. Aktiviti hidup bermasyarakat dan seni budaya seperti barongan, kuda kepang, kompang jidur, ludruk, wayang kulit dan yang lain-lain perlu dipelihara agar ia terus mekar dan subur menjadi warisan zaman-berzaman. Keraton Mbah Anang adalah lokasi pejabat Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor yang mana ianya adalah sebuah rumah pusaka yang dibangunkan semula menempatkan seni bina ukiran jawa.

Senarai Program

Tiada program tersedia pada masa ini

Senarai Produk / Perkhidmatan

Maklumat Perhubungan

Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor
Parit No 1, 144-3 Jalan Yusof , Kampung Parit Bugis Google Maps
0136793242 WhatsApp
perjawa@gmail.com

Hubungi Kami