Rumah Seni JKKN
Persatuan Kumpulan Tarian Singa dan Naga Kim Ying, Ampang, Selangor merupakan sebuah organisasi seni kebudayaan yang berfokus kepada mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Tionghoa, khususnya tarian singa dan tarian naga. Pertubuhan ini berperanan dalam mengekalkan warisan budaya melalui latihan, persembahan, dan penglibatan dalam pelbagai acara seperti sambutan Tahun Baharu Cina, perasmian kedai, serta program komuniti. Selain itu, persatuan ini turut berperanan mendidik generasi muda tentang nilai, simbolisme dan semangat kerjasama dalam seni tarian tradisional yang penuh warna dan bermakna.
Tiada program tersedia pada masa ini