PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU TEKPI MALAYSIA CAWANGAN KEDAH
0
2Produk/Perkhidmatan
Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia adalah Seni Bela diri yang di tubuhkan pada 8 DISEMBER 1977 tetapi seni silat ini telah lama wujud pada kurun ke 18 yang dipelopori oleh Seorang Panglima Negeri Kedah bernama Allahyarham Datuk Panglima Taib Bin Wan Hussin. Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia adalah seni bela diri yang mempunyai kaedah-kaedah tetap dan tidak berubah sejak dari asal kelahirannya.
Pergerakan dan sistem pelajaran Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia menepati kesesuaian dengan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan berprinsipkan pergerakan dalam sholat dengan menunggu serangan musuh secara berdiri lurus seperti dalam keadaan solat, tidak berkuda-kuda dan terus mara ke hadapan dengan mematikan pergerakan serangan musuh atau akan menyerang jika keadaan mendesak.
Senarai Program : PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU TEKPI MALAYSIA CAWANGAN KEDAH