Rumah Seni JKKN
KERTAS KERJA BENGKEL PENULISAN SKRIP DRAMA BANGSAWAN DAN LENGGOK BANGSAWAN Tempat: Bilik latihan Wisma DBP Tarikh: 15 JUN 2025 (Sabtu) Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang 1.PENGENALAN Kertas kerja ini adalah berkaitan penganjuran Bengkel Penulisan Skrip drama bangsawan dan bacaan skrip lenggok bangsawan anjuran Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon dana Insentif Seni Kewangan di bawah JKKN bagi tujuan pengembangan seni dan kelestarian budaya dan ilmu kebangsawanan. Bengkel ini dicadangkan diadakan di Bilik latihan Wisma DBP, pada 16 Jun 2025 pada hari Sabtu pada jam 9.00 hingga 5.00 petang. Visi dan misi Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur adalah untuk mengembangkan dan memajukan seni persembahan pentas tradisi iaitu Bangsawan khususnya di Lembah Klang (KL/Selangor) dan Malaysia amnya hingga ke peringkat global. Namun begitu Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur sedar masih ada kekurangan dalam pementasan bangsawan iaitu kekurangan skrip bangsawan yang bermutu dengan bahasa istana dan adab peradaban istana, lenggok bahasa bangsawan dan penceritaan bangsawan yang mengangkat nilai sejarah dan cerita rakyat masih perlu digembleng dan ditambah supaya pementasan ini sentiasa mempunyai skrip baru yang bernafas segar terutama dalam kalangan generasi muda. Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur juga sentiasa berusaha mengasah bakat-bakat baru dalam menyemai dan menyemarakkan seni teater tradisi Bangsawan ini. Berikut adalah di antara pementasan-pementasan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur. Gelanggang Teater Kota seni PJ (2022), Teater Etherea (2018), Gelanggang Teater Kotas eni Pj, Teater Rencong Aceh (2014), Bangsawan Lagenda Mahsuri, Bangsawan Tun Fatimah, Bangsawan Jula Juli Bintang Tiga, Bangsawan Puteri Sa’adong,Bangsawan Megat Bulang Kuala, Bangsawan Menjunjung Duli, Bangsawan Selendang Delima dan lain-lain. 2.0 OBJEKTIF 1. Bengkel ini adalah bagi mendorong lebih banyak penghasilan skrip drama bangsawan melalui pencetusan idea dari cerita rakyat dan sejarah tempatan bagi meningkatkan produk seni dan budaya. 2. Selain itu melalui bengkel penulisan skrip drama bangsawan ini juga dapat mendedahkan penghasilan karya/ skrip drama bangsawan sebagai produk seni dengan kos rendah tetapi memberi impak yang tinggi. 3. Bengkel ini juga dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam kalangan generasi muda dan meningkatkan kemahiran dalam penulisan skrip drama. 4. Hasil daripada bengkel ini, skrip ini dapat dibukukan kelak sebagai panduan dan rujukan. 3.0 IMPAK PELAKSANAAN Peningkatan Kemahiran Penulis Skrip Bengkel ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran dalam menulis skrip drama bangsawan, memperkenalkan teknik penulisan yang sesuai dengan genre tersebut, serta meningkatkan kreativiti dalam mencipta cerita yang menarik dan penuh makna berdasarkan cerita-cerita sejarah, lagenda, cerita rakyat tempatan. Selain itu bengkel ini turut menjaga dan memelihara warisan budaya. Melalui bengkel ini juga, penulis dapat mempelajari teknik-teknik penulisan skrip drama bangsawan serta membantu memelihara dan menghidupkan semula seni budaya yang semakin dilupakan. Manakala di dalam aspek pembangunan Industri Seni, bengkel ini memberi impak positif kepada perkembangan industri seni tempatan dengan menghasilkan lebih banyak skrip berkualiti tinggi yang dapat dipentaskan, memberi ruang kepada bakat baharu untuk tampil dalam dunia seni. Di samping itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya genre drama bangsawan dalam seni budaya tempatan bagi memperkenalkan masyarakat kepada cerita-cerita rakyat yang mungkin sudah dilupakan. Di dalam konteks pengembangan Jaringan profesional pula, peserta bengkel berpeluang membina rangkaian hubungan dengan penggiat seni lain,termasuk pengarah, pelakon, dan penerbit, yang boleh membuka peluang kerjaya dalam bidang penulisan skrip dan seni persembahan. Secara keseluruhannya, bengkel ini memberi impak positif terhadap pengembangan seni budaya dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam dunia seni tempatan. 4.0 ATUCARA PROGRAM Masa ATUCARA 8.00 pagi Pendaftaran dan minum pagi peserta 9.00 pagi Bengkel pengenalan bangsawan 9.30 pagi Bengkel pengajaran penulisan skrip bangsawan: Idea/bahan, pembinaan sinopsis, watak perwatakan, pecahan babak, Bahasa istana, adab dan peradaban istana, latar-latar tempat dalam drama bangsawan, pembinaan dialog bangsawan. 10.30 pagi Peserta akan mula membina sinopsis, watak dan perwatakan, pembinaan latar tempat, pembinaan pecahan babak. 11.30 pagi Pembentangan proposal skrip bangsawan mengikut kumpulan. 12.30 tengahari Makan tengahari dan solat 1.30 petang Pembinaan skrip dialog lengkap 2.30 petang Bacaan dan persembahan skrip kumpulan satu 3.30 petang Bacaan dan persembahan skrip kumpulan dua 4.30 petang Bacaan dan persembahan skrip kumpulan tiga 5.00 petang Minum petang dan sholat Pemberian sijil penyertaan dan pemilihan skrip terbaik. Skrip terbaik yang dipilih akan di bawa ke Bengkel kedua untuk mempelajari adab dan peradaban dan lakonan bangsawan. Skrip terbaik juga dicadangkan dibawa ke pementasan di bawah dana GSSK, MOTAC untuk pementasan secara perdana. 5.0 IMPLIKASI KEWANGAN NO PERKARA JUMLAH RM JUMLAH RM Bayaran perkhidmatan • Penceramah I orang • Fasilitator 5 orang • Pengurusan sekretariat/ AJK program 5 2,000.00 2,500.00 1,500.00 6,000.00 Bayaran makan/ minum Peserta/penceramah/ fasilitator/ sekretariat 41 orang x RM 20.00 3 kali 2,460.00 Bayaran dokumentasi, alat tulis, sijil dan hadiah iringan 3,000.00 Bayaran publisiti dan promosi: Bunting, banner 3,540.00 Jumlah keseluruhan 15,000.00 6.0 PENUTUP Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur amat berharap Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara memberikan perhatian kepada kertas kerja ini dan semoga mendapat pertimbangan sewajarnya demi pembangunan karya kreatif negara dan kelestarian budaya seni tradisi bangsawan dipelihara melalui skrip melalui ilmu warisan Seniman Negara ke-6 Tuan Haji Abdul Rahman B. Disediakan oleh; (ZAINATUL SHUHAIDA ABDULL RAHMAN) Naib Yang Dipertua Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur.
Tiada program tersedia pada masa ini