Persatuan Anak Seni Kota Belud kini dalam usaha memurnikan nilai seni dan budaya dalam acuan memperkayakan dan mempertahankan aktiviti-aktiviti tradisonal dalam masyarakat etnik suku-suku kaum di Daerah Kota Belud khususnya. Penari-penari dan pemuzik-pemuzik kebudayaan lelaki dan wanita dikalangan masyarakat etnik di daerah ini perlu dilatih dan dibimbing agar kelestarian aktiviti tradisional ini memberi impak yang selari dengan kerancakkan industri pelancongan yang ada di daerah Kota Belud ketika ini.