Carian
Insentif Seni

2024 8th Martial Arts Open School (PSGFM & UNESCO ICM)

KETERANGAN :

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) adalah merupakan sebuah pertubuhan yang terkemuka menyokong pemerkasaan program belia, pembangunan kapasiti, dan pendidikan seni mempertahankan diri, dengan penekanan khusus diberikan kepada program Silat. Dengan lebih 48 tahun pengalaman, PSGFM telah menjadi peneraju utama dalam memupuk perkembangan peribadi, peningkatan kemahiran, dan penglibatan komuniti di kalangan golongan muda, menggunakan medium utamnaya iaitu pendidikan yang unik iaitu Silat. Memperkasa dan Membangun Bakat Belia: PSGFM berdedikasi untuk memperkasakan belia dengan menerapkan pendidikan Silat seperti daya tahan, disiplin, dan kepimpinan. Melalui pendekatan holistik kami, yang merangkumi bengkel pembangunan peribadi dan jangkauan komuniti, kami membantu golongan muda dengan melatih kemahiran-kemahiran yang penting untuk mengharungi cabaran masyarakat moden. Dengan memupuk nilai seperti rasa hormat dan rendah diri, kami memperkasakan mereka untuk membuat sumbangan bermakna kepada komuniti mereka, akhirnya membentuk mereka menjadi ahli masyarakat yang proaktif dan yakin. Pendidikan Seni Mempertahankan Diri: Teras misi PSGFM terletak pada promosi pendidikan seni mempertahankan diri, khususnya Silat. Silat berfungsi sebagai platform unik untuk pertumbuhan peribadi, kecergasan fizikal, dan pembangunan watak, menggabungkan teknik mempertahankan diri dengan warisan budaya dan kebijaksanaan pada konsep dan falsafah PSGFM. Para Jurulatih berpengalaman kami membimbing pesilat melalui pelbagai kaedah tradisi Silat, memupuk pembelajaran dan pertumbuhan. Program pendidikan Silat PSGFM bertujuan untuk menyemai nilai-nilai seperti disiplin, hormat-menghormati, dan ketabahan di samping menyampaikan kemahiran praktikal pertahanan diri dan latihan kecergasan fizikal dalam persekitaran yang selamat dan menyokong. Penglibatan dengan Kumpulan Pelbagai: PSGFM komited untuk mempromosikan keterangkuman dan kepelbagaian dalam semua usahanya. Kami mengutamakan penglibatan dengan golongan remaja, wanita dan kanak-kanak perempuan, dan kumpulan yang terdedah dalam rangka pendidikan dan pemerkasaan Silat. Program kami direka bentuk untuk boleh diakses, inklusif, dan sensitif budaya, memastikan penyertaan dan manfaat yang saksama untuk semua. Memanfaatkan pengalaman yang luas dengan masyarakat yang pelbagai di Malaysia, PSGFM menyesuaikan intervensi untuk memenuhi keperluan dan keutamaan khusus, memperkasakan individu dan memupuk semangat kerjasama berpasukan.

TERMA DAN SYARAT :

Syarat penyertaan adalah percuma. Namun para pesilat wajib menghadirkan diri semasa proses pembukaan dan penutupan program pada 8 Jun 2024 (Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi) dan 25 Ogos 2024 (DPULZE, Cyberjaya) untuk melayakkan sijil penyertaan dan pencapaian setiap pesilat yang menghadiri program ini. Waktu-waktu latihan adalah: (i) 8 & 9 June 2024; (ii) 13 & 14 July 2024; (iii) 20-21 July (iv) 27 & 28 July 2024; (v) 3-4 August (vi) 10 & 11 August 2024; (vi) 17-18 August (vii)24 & 25 August 2024; Pilihan lokasi adalah di: Shah Alam (Seksyen 9), Bandar Baru Bangi (Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu) Kajang (Jade Terrace Silat Club) Waktu latihan adalah dari jam 2 - 5 petang.

HUBUNGI :

GM PROF DR MOHAMAD NIZAM MOHAMED SHAPIE
0173446272

  • 08/06/2024 - 08/09/2024
  • 0

Location for : Listing Title