Carian
Insentif Seni

FESTIVAL KESENIAN LABUK

KETERANGAN :

‘Festival Kesenian Labuk’ merupakan program yang mengangkat kesenian dan warisan Dusun Labuk di Daerah Beluran melalui acara kesenian dan kebudayaan. Program yang julung kalinya bakal diadakan di daerah Beluran ini akan menghimpunkan para pencinta seni budaya Daerah Beluran yang terdiri daripada pelbagai lapisan generasi mengembleng tenaga, idea serta daya kreatif dalam memartabatkan kesenian dan warisan Labuk. Kesenian dan warisan Dusun Labuk wajar diangkat melalui platform acara seni budaya memandangkan keunikan dan keindahan seni budayanya seperti seni tari ‘Magalai Labuk, muzik tadisional ‘Titik Tungkil’, kepelbagaian makan tradisi serta adat resam perlu ditonjolkan kepada masyarakat umum dalam usaha memelihara serta mengembangkan seni budaya warisan nenek moyang. Melalui festival ini juga akan dapat menyokong aktiviti pelancongan budaya tempatan yang seterusnya membantu penjanaan ekonomi masyarakat setempat.

TERMA DAN SYARAT :

Tiada

HUBUNGI :

ENCIK COLIN KAR
+60148522275

  • 08/05/2024 - 09/05/2024
  • 0

Location for : Listing Title