Carian

Pemantapan Bengkel Gabungan Kompang dan Instrumen Tradisional (PEMANGKIN)

KETERANGAN :

Program ini akan dilaksanakan dalam bentuk bengkel intensif selama dua hari, melibatkan sesi teori dan praktikal yang interaktif. Peserta akan diberikan pengenalan kepada sejarah dan fungsi kompang dalam budaya Melayu, diikuti dengan latihan asas paluan, teknik irama, formasi persembahan serta aplikasi dalam majlis rasmi. Setiap kumpulan peserta akan dilatih secara berperingkat, mengikut modul yang disediakan oleh fasilitator berpengalaman daripada ARAS Malaysia. Di akhir sesi, peserta akan membuat persembahan mini berkumpulan sebagai penilaian tidak formal dan penutup program.

TERMA DAN SYARAT :

I. Terbuka kepada semua warga komuniti sekitar Subang Jaya tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. II. Peserta mestilah sihat tubuh badan dan mampu menyertai aktiviti fizikal ringan. III. Peserta perlu mendaftar secara rasmi melalui borang yang disediakan oleh penganjur. IV. Kehadiran penuh sepanjang program adalah diwajibkan bagi kelayakan menerima sijil penyertaan. V. Peserta hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan oleh pihak urus setia. VI. Segala bentuk ketidakhadiran atau pengunduran diri perlulah dimaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal. VII. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kehilangan peribadi yang berlaku sepanjang program berlangsung. VIII. Peserta hendaklah menjaga disiplin, etika dan adab sepanjang program berlangsung.

HUBUNGI :

Awangku Nadzrul
0123300327

  • 23/08/2025 - 24/08/2025
  • 0

Location for : Listing Title