Carian

Pertandingan Koir Lagu Kebangsaan 2024

KETERANGAN :

Pertandingan Koir Lagu Kebangsaan ini akan diadakan sempena Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2024 di Dewan Pusat Rukun Tetangga Brickfields Jalan Padang Belia dari jam 2 petang sehingga jam 6 petang. Sekurang-kurangnya 10 kumpulan peserta terdiri daripada oku penglihatan akan bertanding. Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat cintakan negara melalui nyanyian lagu kebangsaan dan alatan muzik tradisional.

TERMA DAN SYARAT :

1) Disertai oleh peserta OKU Penglihatan sahaja 2) Minimum 3 orang peserta dalam setiap kumpulan 3) Lagu haruslah yang berunsurkan lagu kenegaraan Malaysia sahaja 4) Setiap kumpulan dibenarkan menggunakan minus one dan/atau alatan muzik tradisional untuk mengiringi nyanyian. 4) Terbuka kepada oku penglihatan yang berumur 13 tahun dan ke atas. 5) Terbuka kepada oku penglihatan dari semua bangsa dan agama.

HUBUNGI :

Seri Diana binti Razali
0193563974

  • 16/09/2024 - 16/09/2024
  • 0

Location for : Listing Title