Carian

LANGGENG BANGSAWAN 3.0 : MAHARAJA DERBAR RAJA

KETERANGAN :

"LANGGENG BANGSAWAN 3.0 : MAHARAJA DERBA RAJA" kali ini masih menggunakan bahasa yang tinggi, penuh dengan adat dan peradaban Melayu. Persembahan kali ini diberi nafas baharu. Bagi pementasan kali ini pihak persatuan berhasrat menggantikan ‘kain backdrop’ dengan skrin ‘LED’ serta ‘props’ 3 dimensi (3D). Kami memasukkan unsur teknologi agar pementasan nampak lebih spectacular. Penceritaan juga dirombak sedikit dengan menambah emosi dan separa komedi. Muzik klasik digubah bagi memastikan teater lebih menarik penuh drama. Sinopsis Bangsawan "Maharaja Derbar Raja" atau menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya dan mentadbir Kalha atau Kedaram (nama sebelum Kedah). Baginda mempunyai tiga orang putera; Derma Raja, Kerma Jaya dan Maha Jiwa. Derma Raja dilantik sebagai Putera Mahkota telah berahikan anak perawan Bendahara yang bernama Seri Cempaka. Atas permintaan penduduknya, Kerma Jaya dirajakan di Pulau Langkawi menggantikan pemerintahnya yang telah meninggal dunia tanpa zuriat lelaki. Di masa yang sama, sekumpulan orang Arab diketuai oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairi telah datang ke Kalha@Kedaram membawa agama Islam untuk disebarkan. Penduduk Padang Terap pula mahukan seorang pemerintah dan Maharaja Derbar Raja melantik Maha Jiwa menyebabkan Derma Raja merasa kurang senang. Atas nasihat Syeikh Abdullah Al-Qumairi, Derma Raja akhirnya memperolehi kerajaan sendiri di Kubang Pasu. Apabila negeri telah diganggu lanun yang bermaharajalela di laut, Maharaja Derbar Raja sendiri telah turun untuk menghapuskan lanun-lanun tersebut. Maharaja Derbar Raja merupakan seorang Raja yang handal bersilat dan bermain senjata. Beliau digeruni oleh lanun-lanun. Setelah pulang dari berperang Maharaja Derbar Raja dan semua pembesar menganut agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzzafar Syah, Derma Raja memakai nama Tuanku Muazzam, Kerma Jaya kepada Tunku Sulaiman dan Maha Jaya kepada Tunku Mahmud. Di zaman pemerintahan Sultan Muzzafar Syah, Qalha atau Kedaram telah ditukar namanya kepada Kedah Darul Al-Aman, sementara Sungai Babur dinamakan Sungai Merbuk dan telah didirikan sebuah menara di puncak Gunung Jerai sebagai tempat orang melaung azan dan menjadi tempat memerhati musuh yang datang menyerang kerajaan dan nobat dimainkan sebanyak 3 kali setiap waktu subuh, maghrib dan Isyak.

TERMA DAN SYARAT :

Tiada

HUBUNGI :

Saiful Azwan Abdul Aziz
011-64873210

  • 13/12/2024 - 14/12/2024
  • 0

Carian Program

Program Terkini

  • Tiada Rekod

Location for : Listing Title